Model dan Istilah-istilah Berkaitan Takaful
Model Takaful Asas (Tradisional Takaful)
Model Takaful Berserta Pelaburan (Investment-Link Takaful)
Istilah-istilah yang berkaitan
Model Takaful Berserta Pelaburan (Investment-Link Takaful)
Istilah-istilah yang berkaitan
Takaful
Bermaksud saling jamin menjamin sesama manusia, membantu satu sama lain melalui pengwujudan tabungan yang akan digunakan untuk memberi sumbangan terutama kepada yang ditimpa musibah. Konsep asas adalah hampir sama dengan insuran konvensional iaitu bertujuan untuk menguruskan risiko, namun perbezaan yang ketara adalah Takaful beroperasi berlandaskan konsep syariah yang dituntut di dalam Islam. AIA PUBLIC Takaful Berhad pula adalah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan Takaful bagi membantu kita semua menguruskan risiko masa depan kita.
Sijil
Ianya merupakan terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada polisi (seperti insuran konvensional). Sijil terbentuk berlandaskan akad antara Syarikat Pengendali Takaful seperti AIA PUBLIC Takaful Berhad dengan mereka yang ingin menyertai program Takaful ataupun dikenali sebagai Peserta. Dalam segala urusan berkaitan Takaful, Sijil akan tergunapakai secara sah dan ianya seperti sebuah perjanjian antara Peserta dengan pihak AIA PUBLIC Takaful Berhad.
Peserta
Terma yang digunakan di dalam Takaful yang merujuk kepada pemunya sijil takaful. Dalam Takaful, ia dipanggil peserta kerana Takaful adalah berlandaskan kepada konsep saling jamin menjamin dan dana yang dikumpul bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik adalah daripada sumbangan secara ikhlas daripada mereka yang menyertai program Takaful.
Wakalah
Prinsip di dalam Islam dimana AIA PUBLIC Takaful Berhad hanya akan bertindak sebagai wakil ataupun agen bagi pihak peserta ataupun pencarum untuk menguruskan operasi perniagaan takaful. Disebabkan itu, satu bentuk yuran (dikenali sebagai Yuran Wakalah) akan dikenakan oleh pihak AIA PUBLIC Takaful Berhad sebagai upah untuk pengurusan operasi perniagaan takaful dan pengurusan dana yang dikumpul melalui konsep tabarru’ (diterangkan lebih terperinci seperti dibawah).
Tabarru’
Ianya bermaksud bersedekah secara ikhlas (tidak mengharapkan sebarang balasan). Oleh yang demikian, dalam konsep Takaful, sebahagian kecil daripada caruman yang dibayar akan disedekahkan untuk mewujudkan satu tabungan atau dana (bukan hakmilik mutlak syarikat AIA PUBLIC Takaful Berhad) yang akan digunakan untuk diagihkan sebagai bantuan kepada peserta-peserta yang mengalami musibah seperti kematian, mengidap penyakit kritikal dan lain-lain yang terlibat (mengikut jumlah perlindungan yang diambil oleh peserta), berdasarkan konsep takaful yang dipersetujui. Di dalam terma insuran yang lebih difahami, ia merujuk kepada dana yang akan digunakan untuk pembayaran pampasan untuk setiap perlindungan yang diambil. Dana yang dikumpul ini dikenali sebagai Dana Risiko Peserta.
Dana Risiko Peserta
Ianya adalah dana di mana Caj Tabarru’ akan dikreditkan. Dana ini akan digunakan untuk memberi bantuan sekiranya peserta mengalami musibah yang dilindungi (bayaran berdasarkan jumlah perlindungan yang telah dipersetujui diantara pihak AIA PUBLIC Takaful Berhad dan peserta). Dana yang terkumpul ini bukan hanya khusus digunakan untuk disumbangkan kepada peserta ketika mengalami musibah sahaja, tetapi turut akan dilaburkan oleh AIA PUBLIC Takaful Berhad berlandaskan prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan. Lebihan daripada dana ini (Lebihan Pengunderaitan) akan dikira dan diagih kepada peserta setiap tahun.
Dana Pelaburan Peserta
Ianya adalah dana yang dicarum untuk pelaburan berasaskan syariah. Pihak AIA PUBLIC Takaful Berhad akan melaburkan caruman anda untuk mendapatkan pulangan yang selamat dan stabil melalui pelaburan di dalam sekuriti pendapatan Islam (Sukuk), instrumen pasaran kewangan Islam dan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) yang diluluskan oleh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Tiada ulasan: