Breaking

Takaful Alternatif Kepada Insuran Konvensional

Insurans konvensional menggunakan akad jual beli. Tapi dalam akad tersebut terdapat unsur gharar (tidak pasti) pada salah satu rukun jual beli iaitu barang yang diniagakan. Rukun jual beli ialah penjual, pembeli, barang yang dijual, harga yang dibeli, sighah dan qabul.

Sebab utama insurans konvensional HARAM adalah RIBA. Jom kita telitikan penerangan di bawah:

Wang adalah salah satu barang ribawi (usurious item). Jadi, apabila berurusan dengan barangan ribawi yang sama jenis, ia mestilah terikat dgn syarat:

  1. Sama nilai
  2. Diserahkan semasa urusan jual beli dilakukan.


Jadi, perbezaan nilai disini ialah RIBA Al-Fadhl. Sebagai contoh: dalam kontrak insurans konvensional, pencarum bayar RM150, tapi kalau berlaku musibah, dapat bayaran RM100k. Di sini nilai sudah tidak sama. Oleh itu, ianya adalah RIBA Al-Fadhl.

Selain itu, berlaku juga jualan pembayaran bertangguh untuk barang ribawi ini (wang) jadi RIBA An-Nasiah. Jadi, dalam kes insurans konvensional, blaku riba ini kerana terdapat penangguhan iaitu bila berlaku musibah, barulah bayaran pampasan dibuat. 

Dalam Takaful, tidak menggunakan akad jual beli, sebaliknya akad kontrak derma dan sumbangan. Pencarum mendermakan wang yang dicarum ke dalam sebuah akaun dan saling menjamin antara satu sama lain. Jadi, tiada kontrak jual beli berlaku. Justeru, pihak penyedia takaful tidak perlu menjelaskan jumlah itu semasa serahan dan tidak terikat dengan rukun jual beli. Namun, untuk memudahkan syarikat takaful ini, mereka gabungkan beberapa akad (rider perlindungan). 

Memandangkan konsep takaful ialah pencarum saling menjamin antara satu sama lain untuk bagi sumbangan jika salah seorang pencarum terkena musibah, jadi jika kekurangan wang takaful, syarikat induk akan memberi (qard hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan itu. 

Justeru, mana-manapun insuran konvensional sememangnya terikat dengan riba. Ditambah pula pelaburan wang tidak patuh syariah, yang menjadikan wang yang kita terima haram.



Dua konsep penting dalam takaful:

1. Wakalah (wakil) dan tabarru' (derma dan sumbangan) - Syarikat takaful dilantik sebagai wakil untuk menguruskan sejumlah wang yang akan didermakan (tabarru') bagi tujuan takaful kelak. Oleh itu syarikat takaful akan mengambil upah (yuran wakalah) atas kos pengurusan. Disamping itu mereka ambil juga upah untuk melaburkan duit tersebut dalam peratusan yang dipersetujui.

2. Tabarru dan mudarabah (serah duit kepada syarikat untuk dilaburkan) - Menggunakan konsep tabarru iaitu denganmenyerahkan wang kepada syarikat melalui wakil dan seterusnya dicarumkan melalui aqad mudarabah. Aqad mudarabah ini bermaksud pencarum meletakkan wang dalam jumlah tertentu untuk dilaburkan oleh syarikat takaful ke dalam pelaburan yang halal dari segi shariah sahaja. Wang keuntungan pelaburan dikira milik pencarum bukannya milik syarikat (berbeza dengan konvensional). Tapi syarikat akan dapat pulangan dalam peratusan sepertimana yang dijanjikan dalam kontrak.

Berikut dalah jadual perbandingan antara konsep takaful dan insuran konvensional:



Bacaan lanjutan:
http://www.zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/304-insuran-konvensional-tapi-dilabur-secara-islam.html
http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/82-insuran-menurut-perspektif-islam.html
http://zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/862-tak-faham-mengapa-jadi-haram--penjelasannya.html

MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
Takaful & Unit Trust Consultant

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.