Breaking

Pelan Takaful Komprehensif Untuk Mereka Yang Baru Memulakan Kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini ingin saya kongsikan dengan anda semua berkenaan suatu pakej hebat buat anda. Pakej terhebat ini saya sasarkan kepada golongan lingkungan umur 20 - 30 tahun. Pada hemat saya, majoriti golongan belia dalam lingkungan umur ini masih belum mempunyai kesedaran yang cukup berkenaan kepentingan takaful. Kebanyakan golongan ini lebih sinonim dengan perkataan enjoy (bagi yang sudah bekerja) dan tidak kurang juga yang poket kering (golongan yang masih belajar).



Walaupun bukan semua golongan belia ini begitu, namun kesedaran pada peringkat awal ini sangatlah penting kerana pada peringkat umur ini, caruman takaful bulanan adalah lebih rendah dan berpatutan berbading setelah mencapai umur melebihi 30 tahun. Justeru, suatu tindakan yang relevan perlu diambil dengan mula bertanya-tanya berkaitan produk takaful di pasaran.

Justeru, pada hari ini saya ingin memperkenalkan pelan komprehensif bagi golongan muda ataupun golongan yang baru memulakan kerjaya mereka.



Dengan pelbagai kenaikan harga serta cukai masakini, kita harus melihat Takaful sebagai suatu solusi yang sangat berkesan untuk menangani serta melindungi risiko yang bakal kita hadapi pada masa yang akan datang. Antara kelebihan golongan belia mula mencarum takaful:

1. Bayaran caruman bulanan akan kekal sekurang-kurangnya 10 - 15 tahun pada bayaran tersebut. Kalau anda mula mencarum pada umur 20-an, anda perlu membayar caruman bulanan yang jauh lebih rendah berbanding jika anda mula mencarum pada umur 30-an mahupun lebih tinggi selepas mencecah 40-an.

Contoh :
En. H mula mencarum dengan AIA PUBLIC Takaful (pelan komprehensif 11 dalam 1) ketika berumur 25 tahun. Beliau sebanyak RM180 sebulan dan bayaran ini boleh dikatakan kekal sekurang-kuragnya selama 10 - 15 tahun.

En. Y pula mula mencarum dengan AIA PUBLIC Takaful dengan pelan yang sama ketika berumur 31 tahun. Beliau mencarum sebanyak RM200 sebulan.

Walaupun berbeza hanya RM20 sebulan, namun perbezaan caruman adalah RM20 x 12 = RM240 setahun, dan RM2400 bagi tempoh 10 tahun untuk dapat manfaat yang sama!

2. Risiko mengidap penyakit adalah lebih rendah berbanding pada usia yang lebih meningkat. Adalah lebih malang ketika penyakit kritikal datang, dan memerlukan bayaran kos perubatan yang tinggi (dan perlukan nilai tunai yang banyak), anda tidak dapat membayar. Pada ketika anda telah disahkan mengidap penyakit, tiada lagi penyedia takaful mahupun syarikat insuran yang mahu menerima permohonan Kad Kesihatan anda! . Jadi bermulalah sekarang.

3. Nilai tunai perlaburan anda lebih tinggi berbanding dengan orang yang baru memulakan caruman. Ini akan lebih meningkatkan lagi pulangan anda. Namun, perlu diingatkan bahawa manfaat sebenar Takaful adalah perlindungan, bukannya pulangan pelaburan. Justeru pulangan yang akan anda terima mungkin tidak banyak ataupun tiada, bergantung kepada unjuran pelaburan takaful anda masing-masing. Lebihan pengunderaitan (dari akaun dana risiko peserta) juga akan dibayar kembali kepada anda dengan kadar 80% kepada anda, 20% kepada pengendali takaful (AIA PUBLIC Takaful).

4. Sebagai persiapan sebelum berkahwin kerana melengkapkan diri dengan perlindungan diri. Andai kala anda meninggal dunia, nilai tunai dalam pelaburan anda + pampasan manfaat kematian anda akan dibayar kepada waris yang anda namakan dalam bahagian Hibah. Hibah adalah penamaan pewaris yang layak menerima wang pampasan mengikut peratusan (%) yang anda  tetapkan. Andai kata anda ditakdirkan meninggal dunia, tidaklah anda perlu risau dengan kehidupan anak isteri  yang telah anda namakan  untuk meneruskan kehidupan.

Apa yang saya ingin ketengahkan di sini adalah produk takaful (Pelan all-in-one) yang disediakan oleh AIA PUBLIC Takaful untuk anda semua, khususnya untuk golongan belia umur 20-an ini. Pelan ini sangat bersesuaian untuk yang masih bujang mahupun yang sudah berkeluarga. Perlu difahami bahawa manfaat tambahan dalam pelan seumpama ini adalah pilihan yang anda boleh tentukan. Pilihlah yang betul-betul memenuhi keperluan perlindungan anda.

Jadi, para belia 20-an, bertindaklah sekarang. Janganlah kita rasakan takaful tidak penting kepada kita. Yang selalu terjadi, bila sudah sakit barulah hendak mencari agen takaful. Pada waktu itu, saya memohon maaf sanga-sangat kerana tidak dapat membantu anda.

Justeru, mulalah mencarum dari sekarang dengan AIA PUBLIC Takaful.

MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
Takaful & Unit Trust Consultant

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.