Kerugian Dalam Pelaburan Unit Trust
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Adakah biasa berhadapan dengan kerugian wang pelaburan anda? Mungkin ada sebahagian daripada anda yang sudahpun terbiasa dengan perkataan rugi, dan mungkin ramai yang yang tidak biasa mengalami malah takut dengan perkataan rugi.
Perlu kita fahami bahawa apabila kita mengambil keputusan untuk melabur, itu bermakna kita sanggup menerima sebarang kerugian.
Dapat kita lihat contoh pada gambar di atas, portfolio pelaburan sedang mengalami kerugian sebanyak RM1921.58 daripada keseluruhan wang pelaburan (-10.88%). Wow! Tinggi bukan. Persoalannya tak mengapakah rugi?
Kerugian Unit Trust
Sebenarnya kerugian dalam pelaburan unit trust ini adalah perkara biasa. Ada kalanya pelaburan berada dalam keadaan menguntungkan, dan seringkali juga pelaburan berada dalam keadaan rugi. Justeru, sebagai pelabur bijak, apa yang perlu kita lakukan? Jom saya kongsi sedikit tips untuk anda:
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tips daripada saya. Untuk dapatkan tips lanjut serta penerangan lengkap berkaitan pelaburan unit trust ini boleh hubungi saya. InsyaAllah saya cuba terangkan walau bermula dari 0% pengetahuan tentang unit trust.
MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
013-9106864

- Dalam keadaan pelaburan sedang rugi, perkara pertama yang perlu dibuat adalah bertenang. Ini kerana tanpa perasaan yang tenang, kita akan membuat keputusan dengan menggunakan emosi!
- Kekalkan portfolio anda jika dana pilihan anda dijangkakan boleh kembali untung. Bagaimana dapat kita membuat jangkaan? Lihat track record dana pilihan kita. Kebiasaannya track record yang lepas boleh kita gunakan untuk membuat ramalan. Selain itu lihat siapa fund manager, bagaimana latar belakang fund house dana pilihan anda itu. Ada kalanya, pelaburan anda menjunam kerana masalah management fund house tersebut.
- Setelah pasti segalanya baik, boleh juga pertimbangkan untuk menambah unit pelaburan anda. Mengapa ketika rugi? Kerana pada ketika ini, NAV unit bagi dana pelaburan anda berada pada paras yang rendah. Lebih banyak unit yang dapat anda borong!
- Pantau pelaburan anda dari semasa ke semasa, kerana kebiasaannya prestasi dana jatuh adalah sangat berkait rapat dengan keadaan pasaran semasa. Mungkin berlakunya suatu insiden yang menyebabkan market drop. Jangan lupa unit trust adalah sangat berkait dengan keadaan pasaran.
- Semestinya pelaburan unit trust ini bermula dengan pengetahuan asas sebelum mula melabur. Perlu tahu teknik memilih dana pelaburan yang terbaik dengan tahap toleransi risiko anda sebagai pelabur.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tips daripada saya. Untuk dapatkan tips lanjut serta penerangan lengkap berkaitan pelaburan unit trust ini boleh hubungi saya. InsyaAllah saya cuba terangkan walau bermula dari 0% pengetahuan tentang unit trust.
MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
013-9106864
Al-Kindy Solution
as part of INFAQ Consultancy & UMC Advisory Malaysia
Tiada ulasan: