Breaking

Takaful Sebagai Instrumen Perlindungan Kewangan


Ejen Takaful : Assalamualaikum. Saya nak kongsi info tentang takaful perubatan. Boleh ambil masa sebentar?
Prospek 1 : Oh, saya tak minat takaful ni. Saya boleh pi hospital kerajaan kalau sakit.

Ini adalah situasi yang biasa yang saya alami ketika bertemu prospek untuk mengajak sertai takaful. Pelbagai alasan yang diberikan bila dengar perkataan takaful. Antara alasan popular:
  • "Saya tak berminat..."
  • "Saya tak percaya takaful..."
  • "Saya guna kad perubatan syarikat..."
  • "Saya dah ada...." dan sebagainya
Bagi yang sudah memiliki kad perubatan ni, syukur Alhamdulillah. Tahniah kerana anda telah bersiap sedia dengan risiko masalah kesihatan yang mungkin boleh berlaku tanpa kira usia dan ketika. Sekurang-kurangnya ada pelan perlindungan berbanding yang tiada langsung dan merasa sangat selesa dengan ketiadaan itu. 


Takaful untuk Perlindungan Pendapatan

Tahukah anda takaful adalah suatu instrumen kewangan yang sangat penting bagi melindungi. pendapatan anda perolehi setiap bulan. Bagaimana takaful bertindak sebagai perlindungan pendapatan? Jom kita lihat senario yang berikut berdasarkan musibah 3D yang boleh berlaku bila-bila masa:

Senario 1: Disease (Penyakit)
Pn. R, seorang ibu tunggal dengan 5 orang anak berniaga nasi lemak. Secara tiba-tiba, beliau mengidap appendiks dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan. 

Implikasi: 
  • Pn. R tidak lagi boleh bekerja sepanjang tempoh beliau mendapatkan rawatan
  • Pendapatan harian beliau sedikit sebanyak terjejas
  • Jika beliau mendapatkan rawatan di hospital swasta, beliau perlu biayai sendiri kosnya jika beliau tidak memiliki kad medikal. 

Ulasan: Di sinilah takaful (kad medikal) diperlukan untuk membiayai kos rawatan. Dengan manfaat tambahan elaun wad dalam takaful, ianya dapat membantu Pn. R mengganti sekurang-kurangnya sebahagian daripada pendapatan yang tidak diperolehi kerana tidak bekerja.


Senario 2: Disability  (Hilang Upaya)
En. F yang memiliki seorang isteri dan tiga orang anak bekerja sebagai juruteknik di kilang. Beliau telah mengalami kemalangan kerana tangan tersepit ke dalam mesin. Beliau telah kehilangan sebelah tangan dan diberhentikan kerja.

Implikasi:
  • En. F tidak lagi bekerja dan hilang pendapatan.
  • Kemngkinan memdapat sedikit pampasan daripada syarikat


Ulasan: Takaful hayat (life takaful) dapat membantu menggantikan pendapatan pada ketika begitu memerlukan. Justeru, En. F dapat meneruskan saraan hidup keluarganya dengan gantian pendapatan melalui manfaat takaful.


Senario 3: Death (Kematian)
En. M yang menyara isteri dan anak-anaknya telah meninggal dunia akibat kemalangan. Rumah yang diduduki adalah atas nama beliau dan akan diagihkan mengikut Faraid.

Implikasi:
  • Isteri dan anak-anak beliau mengalami kehilangan yang sangat besar iaitu kehilangan tempat bergantung (pendapatan bulanan), dan bakal kehilangan rumah jika suasana tidak membantu.
  • Mereka mungkin turut dibebani dengan hutang yang mungkin ditinggalkan jika suami belum selesaikannya.

Ulasan: Di sinilah takaful hayat sangat berperanan. Walaupun kehilangan suami / bapa, namun ahli pasangan dan anak yang selama ini di bawah tanggungjawab si mati, dapat meneruskan kehidupan dengan hibah yang suami tinggalkan. Isteri juga boleh menggunakan wang hibah tersebut untuk menebus hak bahagian faraid rumah pewaris lain serta menyelesaikan hutang suami. 


Begitu tersusun aturnya hidup kalau kita merancang wang kita menggunakan takaful. Kita sebagai manusia tidak akan boleh lari daripada musibah 3D (Disease, Disability, Death) yang boleh berlaku kepada kita. Sebagai insan yang menyayangi ahli keluarga kita, peruntukkan 10% daripada pendapatan kita untuk mencarum takaful. Dengan persiapan yang sangat rapi menggunakan takaful, InsyaAllah kita dapat menikmati hidup yang tenang di dunia dan akhirat. 

"Plan Your Wealth, Change Your Life"

MOHD RIDZUAN BIN MOHD TAIB
Al-Kindy Solution
as part of INFAQ Consultancy


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.