Breaking

Mohon Kad Medikal Ketika Anda Masih Sihat

Jom Renung Sejenak 




Mengenangkan saban tahun, segala kos berkaitan kehidupan kita akan meningkat, apakah persiapan kita? Peningkatan kos ini kebiasaannya tidak seiring dengan peningkatan pendapatan kita. 

Bagaimana pula dengan simpanan kita untuk menghadapi masalah kesihatan yang mungkin berlaku pada masa akan datang? Pada masa inilah, ketika kita sedang sihat, kita sewajarnya mengambil inisiatif awal.

Contoh Kes

Kes 1
En. A telah membuat simpanan ke dalam akaun simpanannnya RM100 bagi setiap bulan. Selepas 5 tahun, dia disahkan mengidap barah otak dan memerlukan kos perubatan sekitar RM20,000. Malangnya simpanannya tidak mencukupi. Ahli keluarganya bersusah payah untuk mendapatkan wang untuk menempung kos pembedahan.

Kes 2
Pn. K pula membuat caruman kepada AIA PUBLIC Takaful sebanyak RM100 sebulan untuk produk Kad Kesihatan A-Life Med Regular-i yang dilampirkan dengan A-Plus Med Booster-i (Had tahunan RM1 juta, tanpa had sepanjang hayat). Pada suatu ketika, dia disahkan mengidap barah usus dan memerlukan kos perubatan sekitar RM21,000. Pn. K mendapat perkhabaran gembira apabila pihak AIA PUBLIC Takaful memaklumkan bahawa kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak takaful. 

Analisis kes 1 dan 2:
Kita ambil contoh kedua-duanya membuat simpanan / caruman bermula tahun 2009 hingga 2012 (4 tahun = 48 bulan).

Jumlah simpanan / caruman = RM 100 x 48 bulan = RM4800
Jika anda berada di kes 1, wang simpanan anda belum cukup untuk menanggung walaupun separuh kos perubatan. Sedangkan apabila anda berada pada kes 2, walaupun anda hanya mencarum sejumlah RM4800 dalam tempoh 4 tahun, pihak takaful menanggung sepenuhnya kos perubatan anda. Untung bukan?

Takaful bertindak sebagai suatu tabungan yang menjaga kebajikan ahli yang menyumbangkan wang carumannya. Jadi tak rugi bila anda mencarum dengan takaful.

Kerana pada hakikatnya, Kita dapat memohon Kad Medikal / Kesihatan hanyasanya ketika kita masih sihat. Fikir-fikirkanlah...

Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara:
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
sihat sebelum sakit
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.